Sabtu, 21 April 2012

No Title

Assalamualaikum....


bila persoalan timbul difikiran...
hati tertanya-tanya "betul ke apa yg aku lakukan sekarang nie?"

akal mencari yg logik dan
hati berkata "tiada yg logik didunia ini dan tiada yg tidak logik didunia ini"
yg mana yg harus kita percaya?
akal yg menyajikan hanya satu jawapan yg tidak pasti
atau hati yg keliru dgn pelbagai jawapan yg berkemungkinan?

mmg benarlah kata pujangga hakikat itu adalah sesuatu yg misteri...
misteri itu untuk kita pecahkan supaya dpt dicantumkan semula bg mencari satu jawapan yg pasti....
tapi jika kita gagal mencari jwpn nya jgn lah kita bersedih kerana Allah sdg lindungi kita dari jawapan yg tidak perlu kita tahu untuk melindungi kita dari mudarat.... :-)

Rabu, 14 Mac 2012

Seorang Artis dan Seorang Penulis # part 3






AKU: Why not? Lagipun kalau nak difikir-fikirkan balik, dulu ko bukan femes pon. Tak ramai yang kenal ko tapi sejak ko berlakon dalam satu drama tu ko terus jadi femes dan watak yang ko pegang dalam drama tu adalah watak seorang muslimah yang bertudung dan berbaju kurung. Ko tak rasa ker yang Allah tu macam nak bagitahu sesuatu kat ko? Lagipun ini semua rezeki Allah. Kalau Dia boleh bagi ko femes, tak mustahil suatu hari nanti Dia akan tarik balik femes ko tu.


MEMBER: Ko bukan artis, ko tak faham kehidupan artis macam mana. Banyak cabaran dan dugaan. Setiap hari ada je muka-muka baru yang timbul kat dalam industri nie dan setiap hari peluang untuk dapatkan skrip yang bagus semakin kurang. Kalau aku memilih sangat pengarah akan kata aku demand,wartawan akan kata aku kekwat, peminat akan kata aku dah nak bersara dan macam-macam lagi. So macam mana? Ini adalah jalan yang aku pilih so nak tak nak aku kena harunginya jugak.


AKU: Beb ko kan artist,ko kenalah jadi kebal sket. Apa yang diorang cakap tu kalau tak mendatangkan kebaikkan kepada ko, ko just lupakan je. Lagipun, sebagai seorang artis tak salah kalau ko nak demand. Kalau dengan demand tu bleh jaga maruah ko,agama dan akidah ko...why not? Kalo pengarah dan penulis skrip boleh demand kenapa tidak ko? Hey...they use your face,your body and your talent so, ko ada hak untuk menolak !


          Air fresh orange disedut perlahan-lahan sambil merenung kejauhan seperti sedang memikirkan-mikirkan sesuatu


AKU: Kawan...aku bercakap ni bukan dari sudut peminat atau pengkritik ko tapi aku bercakap sebagai seorang kawan. 'Hormatilah tubuh badanmu dengan melindunginya daripada dipandang oleh orang-orang yang tidak berhak, nescaya itu mereka akan lebih menghormatimu'. Dan kalau diorang still tak bleh hormat dengan pendirian ko untuk menutup aurat, just tolak jer tawaran tu. Tak salah rasanya kalau ko jual mahal sket dan kalau ko still tak dapat apa-apa job,ko sentiasa dialu-alukan untuk jadi maid kat rumah aku.


          Satu senyuman terukir diwajah member aku ni. Aku berharap sangat dia akan fikir dalam-dalam apa yang aku cuba sampaikan pada dia. As a friend,aku sebenarnya tak sanggup lagi dengar kata-kata yang kurang enak pasal dia. Kekadang tu, aku kesian gak dekat mak dia yang ada kalanya tepon aku, suruh aku tengok-tengokkan member aku ni. Mulanya memang aku malas nak cakap pasal hal ni dengan dia bukan apa, aku ni pun bukannya baik sangat. Dulu, aku lagi teruk dari dia sekarang. Sometimes rasa cam tak layak la plak nak nasihatkan dia, sedangkan aku pun tak sesempurna mana.


          Tapi hari ni bila dia call ajak aku keluar, aku apa lagi...bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah. Konfom-konfomlah makanan aku ditaja. Wah gembira betul aku dapat makan free. Disamping dapat makan free aku juga dapat peluang untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang kawan and its good enough for me :)


AKU: Wei jom kita gi main boling nak lepas nie?


MEMBER: Hah? Owh...ok gak tu. Jom! Eh sebelum tu...hmm ko reti ke main boling nie?


AKU: Weh...see the leg la...juara longkang setiap tahun tau... :)


MEMBER: Oh ye...ko parking kereta kat mana?


AKU: Aku naik bas awam tadi. Malas la naik kereta...at least boleh selamatkan alam sekitar.


MEMBER: Banyaklah ko punya alam sekitar. Cakap je la ko tu still fobia bawak kereta...Ha..ha..ha...dah la jom naik kereta aku


          Aku sedut limau ais aku buat kali terakhir sambil memerhatikan member aku melayani para peminatnya dengan menurunkan tanda tangan dibeberapa lembaran kertas,tissue,dan tak ketingalan juga t-shirt yang tersarung di tubuh mereka. Kehadiran mereka secara tiba-tiba tatkala kami ingin beredar dari situ membuatkan aku berfikir panjang...hmm apa yang mereka dapat dengan sepotong tanda tangan?


          Lima minit kemudian,kami pun blah dari situ setelah membe aku membayar makanan kitorang di kaunter.






TAMAT....



p/s: perbualan diatas hanyalah rekaan semata-mata.tiada kena mengena dengan orang yang telah meninggal dunia dan mungkin ada kena mengena dengan orang yang masih hidup. "YANG BAIK JADIKAN TAULADAN YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN"...adios...Asalamualaikum :)

Isnin, 12 Mac 2012

Seorang Artis dan Seorang Penulis # part 2





          Aku kunyah nasi goreng kampung aku lumat-lumat. Salah satu perkara yang aku suka bila lepak ngan minah nie adalah, dia pun spesies makan lambat, macam aku jugak. Selalunya kalo kitorang makan ngan member-member lain kitorang berdua adalah yang terakhir sekali habiskan makanan. Tapi aku suka sebab ada geng makan lambat. Ha...ha...ha... so diorang tak leh salahkan aku sorang. Ha...ha...ha....


AKU: Ingat lagi ko ye. Sebenarnya aku ada tengok seorang ustaz youtube nie, dia cakap orang perempuan tak wajib pakai tudung tapi yang wajibnya tutup aurat je. So, kalo ko pegi supermarket ko pakai jubah tak pakai tudung pon tak pe tapi ko kenalah serkupkan kepala ko tu dengan baldi pastu buat dua lubang kat baldi tu untuk ko tengok.


MEMBER: Hampeh ! Haa..ha..ha..




          Aku pun ketawa sama bila tengok dia ketawa. Teringat plak masa time kitorang sekolah sama-sama dulu. Dulu minah nie kerek giler dan aku plak nakal giler pergi kenakan dia. Lama jugak lah kitorang berkonflik sampailah terjadi satu insiden tue aku selamatkan dia dari dikerjakan oleh dua orang mat motor. Sejahat-jahat aku, takkan mungkin aku sanggup tengok jer bila ada lelaki yang nak rosakkan kaum aku. So aku tolonglah sekadar mampu,apa aku buat? Senang jer. Aku menyamar jadi saka minah tue, buat-buat suara mengerunkan dan aku bertempik kuat-kuat kat mat-mat motor tue. Apalagi...lari lintang pukanglah mereka  tanpa motor mereka meredah kegelapan malam...Wakaka...ha..ha...


          Dan sejak dari insiden itu dia dah berubah dan tak kerek lagi. Aku pon dah malas nak kenakan dia lagi sebab dia asyik beralah jer ngan aku. Memang tak thrill langsung. Dan akhirnya kitorang jadi member bila dia terpilih untuk jadi roomate aku.


AKU: Ok, berbalik pada tudung tadi, aku rasa ko pun tahukan apa hukumnya. Aku rasa ko lebih ingat apa yang ustazah cakap berbanding aku. Sebab...yer la...ko kan selalu concentrate kat kelas. Aku plak waktu kelas ustazah mesti lepak bilik PRS. Maklumlah setiausaha PRS 
(dengan selambanya aku mengaku dosa-dosa silam =_=)


MEMBER: Ustazah?? Hmm...bila diingat-ingatkan semula,tak sangkakan ko dah banyak berubah. Kalaulah Ustazah tahu mesti dia buat kenduri 40 hari 40 malam untuk ko. Tak sia-sia ko selalu kena denda ngan ustazah dulu :)


AKU: Tu la...aku pun tak sangka yang aku akan berubah. Ko ingat tak yang aku kena denda tulis kalimah basmallah tue? Hish...banyak tu, bukan sikit-sikit. Dua ratus kali setiap hari selama seminggu. Dah la kena check tiap-tiap hari. Kalau seminggu makanya 1400 kali. Hmm...itulah antara denda yang paling aku tak leh lupa. Kalau setakat jalan itik satu sekolah ker,cabut rumput satu padang ker,cuci toilet ker aku boleh handle lagi. Nie ada ke kasi denda tulis-tulis memang berpinar la mata aku melihatnya. Dah la waktu tu aku paling benci tulis-tulis nie. Nota sejarah pun aku suh budak junior yang buatkan. Fuhhh...


MEMBER: Huyoo...ko memang tulis 1400 kali ker? Tak lebung sikit pon?


AKU: Lebong mende nya. Dia kira satu-satu tau tak. Pulak tu dia kenal tulisan aku. Memang tak leh la nak buli budak junior. Dia cakap,dalam sekolah ni tulisan jawi aku la yang paling hampeh. So dia kenal tulisan aku. Pastu dia boleh ugut lak nak story-mory ngan mak aku. Ntah kat manalah dia dapat no tepon mak aku tah. Lagipun kau tau la kan...aku kalo bab mak nie memang  aku lemah sket.


MEMBER: Ha..ha..ha...kelakar la kalau ingat balik time sekolah dulu. Hmm...sebenarnya pasal tudung tu...aku just belum sedia lagilah. Entah lah...aku pernahlah jugak try pakai baru-baru ni. Tapi, aku rasa macam aku tipu diri sendiri. Aku rasa macam hipokrit sangat. Aku rasa macam aku ni orang lain. Entah lah...mungkin satu hari nanti dan yang penting bukan sekarang.


AKU: Kenapa bukan sekarang? Lagipun masa aku tengok ko berlakon dalam drama ari tu, aku nampak ko okey jer. Cutelah jugak walaupun tak leh nak lawan kekiutan aku.


MEMBER: Tue lain,tue bukan aku. Yang pakai tudung tu watak aku bukannya aku dan as a profesional aku kenalah mainkan watak aku dengan baik. Aku kena ikut kehendak skrip dan director. Bila skrip suruh aku bertudung,so aku bertudung la but it doesn't mean yang aku nak bertudung.


AKU: Kehendak skrip? Macam mana mana dengan kehendak Allah? Kawan...you know what? Kalau kat akhirat nanti,diri dan tubuh ini yang akan dinilai bukannya watak dalam lakonan ko.


MEMBER: Abis tu ko nak aku buat macam mana? Pakai tudung dan tolak semua tawaran yang tak pakai tudung? Berapa kerat sangatlah watak yang bertudung? Kalau macam tu tak berasaplah dapur aku.


AKU: Why not? Lagipun kalau nak difikir-fikirkan balik, dulu ko bukan femes pon. Tak ramai yang kenal ko tapi sejak ko berlakon dalam satu drama tu ko terus jadi femes dan watak yang ko pegang dalam drama tu adalah watak seorang muslimah yang bertudung dan berbaju kurung. Ko tak rasa ker yang Allah tu macam nak bagitahu sesuatu kat ko? Lagipun ini semua rezeki Allah. Kalau Dia boleh bagi ko femes, tak mustahil suatu hari nanti Dia akan tarik balik femes ko tu.


MEMBER: Ko bukan artis, ko tak faham kehidupan artis macam mana. Banyak cabaran dan dugaan. Setiap hari ada je muka-muka baru yang timbul kat dalam industri nie dan setiap hari peluang untuk dapatkan skrip yang bagus semakin kurang. Kalau aku memilih sangat pengarah akan kata aku demand,wartawan akan kata aku kekwat, peminat akan kata aku dah nak bersara dan macam-macam lagi. So macam mana? Ini adalah jalan yang aku pilih so nak tak nak aku kena harunginya jugak.






bersambung...

Khamis, 8 Mac 2012

Seorang Artis dan Seorang Penulis # part 1



aku dah bagi amaran siap2 ek...entri nie memang panjang giler!

"Ada seorang gadis...termenung di jendela...memikirkan nasibnya yang tlah ternoda... terpinggir terhina kerna dosa-dosa silamnya". Aku ambik Nokia 2330c-2 sambil menekan salah satu punat pada permukaannya.

AKU: Hello, asalamualaikum...

MEMBER: Hello...wei ko ada kat mana nie? Jom lepak jom...bosanlah.

AKU: Hah? Lepak? Hmm...ko tak de shooting ke ari nie?

MEMBER: Tak de. Sampai bulan 4 aku free. Jom la lama giler kita tak lepak sama-sama, borak sama-sama. Bosan giler nie.


AKU: Hmm...lepak mana jer?


MEMBER: Ha...cam tu la. Kita gi Starbuck nak?


AKU: Ala...tak best la Starbuck. Kita gi White Cafe nak? Gi pun aku kenal owner dia. Budak satu kampung aku dulu.


MEMBE: Tak kisah la mana-mana...ok..kita jumpa kat sana nanti ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...