Assalamualaikum....
Awan-awan yang kita lihat tatkala kita mendongakkan kepala kita ke langit merupakan salah satu ciptaan Allah s.w.t yang istimewa. Istimewanya awan ini kerana dia tidak pernah engkar dengan perintah Allah. Setiap satu yang kita nampak pada awan itu adalah tugas yang Allah berikan padanya. Walaupun tidak dinafikan bahawa adanya tangan-tangan manusia yang terlibat tapi tetap setiap yang terjadi dan berlaku hanyalah akan berlaku dengan izin Allah semata-mata. Perkara yang melibatkan tangan-tangan manusia nie termasuklah pembenihan hujan, tolak hujan(aku tak tahu samada benda nie berkesan sbb tak pernah tgk acara tolak hujan nie),dan sebagainya. Apa yang kita nampak dilangit itu sangat indah, ada masanya menginsafkan, ada masanya penuh dengan teka-teki, dan ada ketikanya merupakan petunjuk dan amaran daripada Allah kepada kita
*************************
Pada tarikh 26 Julai 1992, mulai pukul 11.30 malam
hingga pukul 3.00 pagi, seramai 200 orang guru dan pelajar yang tinggal di asrama
Sek Menengah Agama Hishamuddin, Klang telah menyaksikan satu fenomena alam
semulajadi yang amat menakjubkan, yang tidak pernah berlaku sebelumnya di mana2
pun iaitu…
AWAN YANG MEMBENTUK OBJEK2 TERTENTU SEBANYAK 28 [ dua puluh lapan ] OBJEK SEMUANYA. Malah ada beberapa orang pelajar sekolah itu yg sempat merakamkan gambar2 awan itu satu demi satu dengan kamera mereka.
Dalam media massa, yg dicatatkan adalah berlaku di sekolah tersebut sahaja, tetapi ramai orang di sekitar Klang yg keluar pada malam itu, turut dapat melihat dengan jelas awan2 yg membentuk objek2 di langit itu.
Yg dilaporkan di akhbar dan majalah adalah sebanyak 26 [ dua puluh enam ] objek sahaja.
[Senarai berikut adalah berdasarkan lakaran dari muka depan Berita Harian tidak berapa lama selepas peristiwa itu ]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan