Jumaat, 23 Disember 2011

Adakah Anda Cukuf TUFF?

Assalamualaikum....

Adakah anda cukup tuff? Tapi bagaimana cara mengukur ke'tuff'an anda? Sapa yang paling tuff antara yang paling tuff? Adakah yang mempunyai six pack lebih tuff dari eight pack? Adakah ke'tuff'an hanya tertaluk kepada orang-orang muda remaja jer atau orang tua pon ada yang tuff?


First-first dulu aku hanya tahu yg tuff tue eight pack, sihat walafiat, exercise tak pernah tinggal, makan jaga, makan telur ayam kampung tiap-tiap hari, nasik kurang, makan sayur dan yang paling penting mesti orang-orang muda...orang tua tuff kat perut jer.. :P
TAPI lepas aku tengok iklan nie baru aku faham ia lebih dari itu....pak cik yang pakai tongkat tue lagi tuff kot..


.

Isnin, 19 Disember 2011

I've Been Proposed & I'm Engaged




Assalamualaikum...

Video diatas bukanlah tentang aku tapi seriously aku sangat-sangat terharu....sikit je lagi nak ternangis -_-,


Sangat2 sukar kot nak jumpa pasangan macam diorang nie...sweet sangat2...


Dinah aku tabik spring ngan ko...berani sangat2...even someone older than you pon tak seberani ko...


Ape2 pon aku doakan korang berdua kekal hingga ke Jannah...semoga berjaya menjadi ketua bidadari disana  :)




*************************

ada ke yang berani wat cam nie kat aku...ha..ha...kirim salam...

Khamis, 15 Disember 2011

Kerana dia.....

Kerana dia,
aku dah habiskan bnyak duit aku. Duit yg aku  simpan pd awlnya untuk duit poket buat sambung belajar habis macam tue jer.


Kerana dia,
aku korbankan masa aku semata mata untuk bersama dia. Aku tak tengok tv,aku tak main ps, time blaja pun semakin singkat dan aku juga jarang keluar sebab dia.

Isnin, 28 November 2011

ADA ORANG DATANG MEMINANG AKU....

Assalamualaikum.... 


MEMBER: Weh...kau tau tak ada orang datang meminang aku and believe it or not lagi 2 bulan kitorang nikah
AKU: Eh ye ke? Tahniah.Sapa orang yg bertuah tu? Ko tak cerita dgn aku ek ko dah ada pak we sampai hati.
MEMBER: Mana ada pak we.Kitorang tak pernah couple pon dating pon tak pernah.Ala ko kenal org nya
AKU: Sapa? Mamat yg ko reject ari tu ker? 
MEMBER: Bukanlah.Berani plak dia meminang aku.Kan ko dah bagi "kuntau jatuh" sebijik kat dia masa dia kacau aku dulu. Ala...mamat yg aku selalu chatting tu la...kan aku pernah cerita kat ko 

Sabtu, 26 November 2011

Selamat Menyambut MAAL HIJRAH

Assalamualaikum....



Selamat menyambut hari Maal Hijrah kepada semua pembaca(err... ada ke orang yg baca blog aku nie). Sempena hari Maal Hijrah marilah kita bersama-sama menghayati video-video yang aku kutip dari youtube nie.

Khamis, 24 November 2011

BOLA !!!!

Assalamualaikum.....



Saya tak minat tengok BOLA...
Sekian terima kasih...
(amacam pendek tak entri nie...ha..ha..)



************************ 


mood: Bengang. Tiap kali adik aku balik dari U. Tv dia yg konker. Sebab apa? Sebab BOLA
p/s: jika anda minat bola sila klik ini 

Khamis, 17 November 2011

"You gemuk I kurus....so?"

Assalamualaikum....
ade ke yang  berdoa macam nie :)

Sebagai seorang perempuan aku memang tak nafikan yang ramai girls diluar sana sangat mengambil berat pasal berat badan. Sebab apa?

"For some of us...to be beauty...you must be kurus.Kalau you kurus you boleh pakai baju yang vogue2. Sebab baju yang vogue hanya ada pada saiz xs,s dan m sahaja.(damn...nape fashion designer sgt kejam kepada mereka)Bila you pakai baju yang vogue,classy dan seksi baru lah orang sekeliling you akan declare you as a fashionable person(sekali lagi damn pada fashion designer yg mewujudkan fenomena ini).Dan girl mana yang tak bangga dipuji.Secara automatik girl tersebut akan ada self confidence yang tinggi.Dengan confidence level yang tinggi you can do anything and do everything." 

Jumaat, 4 November 2011

Bukan Senang Nak Tutup Aurat #3: SAYA BERTUDUNG TAPI SAYA BUKAN USTAZAH



Assalamualaikum....


Ustazah adalah seorang wanita islam yang mengamalkan islam dalam kehidupannya, mempunyai ilmu yang kukuh dalam bidang agama islam dan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Dan semestinya YA seorang ustazah semestinya seorang yang bertudung. TETAPI bertudung sahaja tidak cukup untuk melayakkan seseorang itu diiktiraf sebagai seorang USTAZAH.

Khamis, 3 November 2011

GOLL !!!

Assalamualaikum....


cara gak logo nie...kuning hitam a good combination of colours

10 5 sebab kenapa aku tak suka tengok bola...

Rabu, 26 Oktober 2011

Bukan Senang Nak Tutup Aurat #2: APA DAN KENAPA?

Assalamualaikum....

Menjadi satu-satunya pekerja melayu+malaysian+ISLAM di BSG sememangnya memberikan satu pengalaman yang memang tak boleh blah langsung. Kengkadang tu terasa macam aku nie alien yang tersesat kat planet sendiri plak. Aku dan mereka berbeza bahasa,budaya,agama, dan negara.Dan masalah yang paling kritikal adalah masalah komunikasi. Mereka dan mereka ini kebanyakkannya dah bekerja kat sini hampir 2 hingga 5 tahun tapi pengetahuan mereka tentang tanahairku tercinta yakni Malaysia amat sikit...hmm mungkin 40% bagi indonesian dan 30% bagi nepali. So...mereka dan  mereka ini mengambil setiap kesempatan yang ada untuk bertanya itu dan ini tentang negaraku dan orang-orangku...

Isnin, 10 Oktober 2011

Konvo?

Assalamualaikum...




1 haribulan 10 hari tu sepatutnya adalah tarikh aku dan classmate aku pegi konvo tapi disebabkan masalah dalaman maka aku terpaksa melepaskan majlis konvo tersebut...


Pada 22 haribulan nie pun akan ada satu lagi konvo yang sepatutnya aku hadiri tapi disebabkan masalah yang sama maka aku nekad untuk tidak menghadirinya juga. Pada mulanya memang agak berat lah jugak untuk aku lepaskannya tapi mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku. Sorry kawan-kawan aku tak dapat join korang  semua. Walaupun tak dapat konvo sesama tapi kita pernah belajar sama-sama kan...and believe me 'IT THE BEST MOMENT IN MY LIFE !' :)


Untuk mengelakkan perasaan ke'ralat'an aku ni aku cuba untuk fikir secara positif. Konvo hanyalah satu majlis pengiktirafan, apa yang penting adalah apa yang aku belajar dan kesannya pada diri aku. Lagipun pada aku konvo hanyalah satu majlis yang tak ubah macam majlis hari jadi jer yang bezanya cuma kalau majlis hari jadi, individu yang diraikan hanyalah sorang tapi kalau konvo lebih dari seorang mau ratus-ratus agaknya


********************

Jumaat, 30 September 2011

Bukan Senang Nak Tutup Aurat #1: CARI BAJU

Assalamualaikum...

Dalam beberapa hari lagi aku akan bergelar sebagai seorang pekerja disebuah kedai sebagai seorang cashier. Dan ketika ditemuduga kelmarin, awal-awal lagi bos aku dah pesan supaya aku pakai T-shirt dan seluar. Dan demi memenuhi kehendak bos aku tu maka terpaksalah aku beli baju baru. Bukan sebab aku nie mengada-ngada baru dapat keje jadi cashier dah nak beli baju baru tapi lebih kepada...baju-baju T-shirt aku semuanya dah 'OUT TO FIT' ...dah TAK MUAT. Kalau pakai gak kompom macam nangka...ha..ha.. Dulu S/M tapi skrang sudah L/XL...hmm terima kasih pada ibu tercinta sebab masak sedap sangat dan terima kasih juga pada ayah yang hobinya memasak dan aku biasalah tukang rasa masakkan(rasa  sampai 2 pinggan tue) ha..ha..ha.. So untuk menyelesaikan masalah paling mudah nie aku akan merujuk terus kepada GIANT. Supermarket paling murah, lengkap dan dekat...he..he..he..apa lagi...SERANG !!

Rabu, 28 September 2011

'KAWAN SEBAYA SUDAH BERCOUPLE' tapi aku...

Assalamualaikum...

        Baru-baru nie aku terjumpa ngan roomate aku masa dlm PLKN dulu... Kitorang selalu panggil dia dengan gelaran Ustazah Rock...ha..ha..ha... bila ingat-ingat balik kenangan lama-lama mesti nak tergelak. Dan believe it or not dia sekarang dah ada anak tau...comel lak tu...ala-ala jepun gitu muka dia..wah...bestnye muda-muda lagi dah jadi mak orang...haish nie yang jeles nie...

Selasa, 30 Ogos 2011

Rezeki seorang Penambang

Assalamualaikum...




Entri ini aku buat sempena seorang sepupu aku yang bekerja sebagai seorang penambang.
Mungkin tak ramai ahli keluarga besar aku di kuching yang tahu bahawasanya aku dulu agak rapat dgn bapak budak nie,abang kepada ibu aku yang aku panggil Pak Im. Masa aku kecik-kecik dulu,aku selalu lepak kat rumah pak im sambil makan siput sedut. Pak Im nie dulu kerja sebagai nelayan so...stock-stock makanan laut yang pelik-pelik memang sentiasa ada kat rumah dia. Selain itu,aku selalu lah jugak mengganggu hidup Pak Im dengan pertanyaan yang bertubi-tubi pasal patung,topeng,dan beberapa alat-alat tradisional orang iban yang banyak tergantung kat rumah Pak Im yang tak ubah macam Muzium tue.

Penghujung Puasa Yang Aneh


Assalamualaikum...




Satu hari sebelum Syawal menjelma...


Memandangkan agak boring,aku dan adik wat keputusan nak gi jalan-jalan kat waterfront...just two of us. Kitorang naik penambang...dan believe or not sepupu aku dah jadi penambang berjaya. Siap pakai perahu sendiri tu...hebak mu memang hebak mail. Nak tau bertapa hebatnya mail nie sila baca ini.

Selasa, 23 Ogos 2011

Aku Dah Tutup Aurat Tapi Asal Ko Asik Tengok Aku Macam Aku Nie Bogel !!




Assalamualaikum...

Wah...tajuk entri memang tak bleh blah bukan...tapi tajuk yang bombastik memang diperlukan kalo nak orang faham motif entri kite betol tak...(bombastik ker)


Kepada kaum lelaki yang gedik...post nie khas untuk anda...pada yang tak gedik sila ambik iktibar...

Selasa, 2 Ogos 2011

RUSIA

Hari nie Tun tertengok preview Jejak Rasul 2011 yang akan ditayangkan di Tv3 sepanjang ramadhan kali nie. Kali nie Jejak Rasul akan menjelajah ke negara Rusia.
Nampak macam best jer kan negara Rusia tue. Tetiba lak cam teringin nak gi sana. He..he..he..

Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN datang lagi




Yea..yea...ramadhan datang lagi...
Alhamdulillah Allah masih memberi aku peluang untuk menikmati ramadhan
Sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat ini
Semoga ramadhanku kali ini tidak dipenuhi dengan perkara yang sia2 semata-mata. :)

Oleh itu marilah kita sama-sama memulakan ramadhan kita hari ini dengan menghayati bait-bait doa taubat diatas.... :)


     RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

Sabtu, 30 Julai 2011

WARKAHku untuk dirimu



Takkan lagi aku menunggu 
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku 
puasku mengharapkan dirimu 
seperti mereka yang punya cinta

Khamis, 28 Julai 2011

Wanita berkalung SORBAN




Assalamualaikum...
     
     Cerita nie adalah sebuah cerita buatan Indonesia...seriously aku bukan nak bersikap rasis atau assabiyah tapi memang aku tak berapa suka tengok cerita Indon selepas pulih dari ketagihan menonton drama Indon 4 tahun yang lalu...mempunyai jalan cerita yang meleret-leret dan loghat bahasa yang aku tak paham memang menguji IQ aku betul, lagi-lagi kalo tak de subtitle...aku kalo bab-bab language nie memang sensitif sket lagi-lagi kalo aku tak paham apa yang diorang ckp. Orang Kelantan dan Terengganu yang pekat likat bahasa dier...hish...memang la..kirim salam la kalo nak sembang lama-lama...kata orang melayu...ckp la bahasa melayu yang semua orang paham...

Selasa, 26 Julai 2011

You lie to me WITH STYLE !!


I always thought that I was stronger
what I have, is what's you don't
I wasn't any other lover, approve about a fight
to win you back again


You always thought that you were wiser
just because, you are 22
I wasn't any other girl
who was profile a wild
and hopping that you would stay


And you...would beg the other 
you... would under covers
you.....you do it with style....
aaaaaaaaaaaa...........

P/S: credit to yuna zarai :)

Khamis, 2 Jun 2011

Apakah Itu Erti berjaya ?




...Assalamualaikum

     Setiap org mempunyai definisi berjaya yg berbeza-beza. Ini kerana berjaya itu merupakan perkara yg sangat-sangat subjektif.


     Ada sesetengah org menganggap dirinya tidak berjaya selagi tidak mempunyai duit yg berkepuk-kepuk, kediaman mewah yg hampir menyamai sebuah istana, sport car,kedududukan yg tinggi disisi masyarakat dan banyak lg keinginan-keinginan yg tidak akan pernah cukup. Keinginan dan kehendak yg ada kalanya agak keterlaluan ini adalahh terdorong daripada nafsu kita. Nafsu disini adalah lebih tertumpu kepada keinginan untuk hidup senang.


Ahad, 20 Februari 2011

FENOMENA RAUDHAH? Mustahil @ tidak mustahil?


Asalamualaikum…
     Baru jer lepas abis tgk crita Syukur 21. Pernah dgr tentang crita nie sebelum ni tapi aku tak pernah tgk crita nie sampai habis pon. Crita nie dikuarkan pada thun 2000. Time nie aku kecik lagi dan tak berminat nak layan movie. Waktu nie aku lebih suka layan crita Dragon ball, Doraemon, Bugs Bunny dan semua cerita kartun barat dan jepun. Waktu nie crita Upin dan Ipin pun tak wujud lg.   

Entri Pembuka

Asalamualaikum....

Okeh...sebenarnya masa aku tulis entri nie tarikh yang terpapar di kelender adalah 24 august 2011.
Sengaja aku settingkan supaya tarikh entri nie keluar pada 19 febuari. Disebabkan aku nie tak berapa pandai sangat tulis blog jadi aku tak perasan plak yang sesebuah blog itu akan nampak CACAT kalau takde mukadimah entri.

Ye..aku tau... tak pernah dibuat orang mukadimah entri keluar selepas beberapa entri...
Tapi cam aku cakap tadi...aku memang zero pasal belog2 nie...
So..banyak gi yang aku kena belajar...

Tapi...aku nak mintak maaflah awal-awal...aku mungkin tak dapat nak buat entri secara konsisten sebab busy ngan hal-hal kehidupan dan hal-hal kematian. Walaupun aku belum mati lagi tapi still kena gak pikir pasal mati tol tak...gi pun hidup kat dunia nie bukannya lama sangat...

Okeh...tu jer la kot....bye...assalamualaikum :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...