Khamis, 15 Disember 2011

Kerana dia.....

Kerana dia,
aku dah habiskan bnyak duit aku. Duit yg aku  simpan pd awlnya untuk duit poket buat sambung belajar habis macam tue jer.


Kerana dia,
aku korbankan masa aku semata mata untuk bersama dia. Aku tak tengok tv,aku tak main ps, time blaja pun semakin singkat dan aku juga jarang keluar sebab dia.


Kerana dia,
mak selalu marah aku. Kata mak aku cuma membuang masa. Tapi aku yakin aku dan dia tidak membuang masa.

Kerana dia,
aku gelisah setiap malam. Sebab apa? Selagi aku tak dapat dia aku takkan tenang 
asyik teringatkan dia jer...




Tapi kenapa dia?
sebab aku sayangkan dia. Sebab dia selalu menghiburkan aku. Sebab dia tempat aku menghilangkan kebosanan, stress dan tekanan terutamanya masa aku tgh exam....
Oh ye lupa nak bagitahu kami kenal sejak aku berusia 15 tahun lagi.
Terlalu banyak kenangan dan memori indah antara aku dan dia. Suka,duka,tertawa,suspen semualah...bila teringat kat dia aku mesti senyum sorang2


Tapi masa mengubah seseorang. Semuanya dah tawar. Kalo setiap kali benda yg ditawakan dan ditangiskan itu perkara yg sama berulang-ulang memang bosan. Bukan salah dia tapi salah aku. Setiap lawak yg dia sampaikan aku dah tahu. Setiap kisah dan masalah yg dia ceritakan, aku dah tahu penghujungnya. Tak de apa lagi yg tinggal. Kami berpisah...


Setelah 4 tahun...aku menemui dia semula. Dia tak banyak berubah. Masih lagi macam dulu. Masih lagi kisah yg sama. Jauh disudut hati, aku benar-benar berharap ada sesuatu yg baru tentang dia tapi itu semua mustahil. Ini semua dah tertulis...


Selama aku mengenali dia aku jarang ambil berat pasal dia. Baju pun aku tak pernah bagi kat dia. Tapi hari nie aku hadiahkan dia baju. Dia nampak smart sangat...tapi honestly tanpa baju pun dia tetap smart. Tapi rasanya kalo dia pakai baju nampak senonoh sikit. Aku juga tak pernah ambik gambar dia. So, ari nie aku nak letak gambar dia kat blog nie supaya satu dunia tahu aku sayangkan dia(aku tahu tak de sapa baca blog aku -_-..suka aku lah nak tulis apa)



******************************

Konsep entri nie aku tiru dari favourite blog aku. Disebabkan aku dah terkena maka aku teringin nak kenakan org balik. Tak tau la sapa yg akan jadi mangsa aku esok. Pada membe2 aku nasihatkan korang semua bersiap sedia. Ops lupa lak korg bukan follow blog aku pon...eh aku dh buang follower la lupa lak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...