Isnin, 6 Februari 2012

Awan-awan 'Yang Memberi Amaran'




Assalamualaikum....


Awan-awan yang kita lihat tatkala kita mendongakkan kepala kita ke langit merupakan salah satu ciptaan Allah s.w.t yang istimewa. Istimewanya awan ini kerana dia tidak pernah engkar dengan perintah Allah. Setiap satu yang kita nampak pada awan itu adalah tugas yang Allah berikan padanya. Walaupun tidak dinafikan bahawa adanya tangan-tangan manusia yang terlibat tapi tetap setiap yang terjadi dan berlaku hanyalah akan berlaku dengan izin Allah semata-mata. Perkara yang melibatkan tangan-tangan manusia nie termasuklah pembenihan hujan, tolak hujan(aku tak tahu samada benda nie berkesan sbb tak pernah tgk acara tolak hujan nie),dan sebagainya. Apa yang kita nampak dilangit itu sangat indah, ada masanya menginsafkan, ada masanya penuh dengan teka-teki, dan ada ketikanya merupakan petunjuk dan amaran daripada Allah kepada kita


*************************

Ahad, 5 Februari 2012

Qaisy & Laila



Assalamualaikum....


     Beberapa hari yang lalu aku adelah tengok cerita nie kan...mulanya cam tak best jer tapi bila dah sampai part tengah-tengah tue cam best la pulak. Cerita nie memanglah dah lama wujud, cumanya aku takde kesempatan nak tengok lebih-lebih lagi aku nie memang bukan kaki wayang. Memula tue bosanlah jugak sebab aku terpikir kenapalah Jehan Miskin yang muka cam cina tue boleh berlakong watak orang Afghanistan? Cam peliklah pulak...kalo Radhi Khalid tue memang tak bleh cakap ape lah, memang sesuai sesangat.




     Tapi bila part Sadiq mati kena tembak peluru sesat tue tetiba je aku -----..Dia mati dalam usaha untuk menyelamatkan NurJannah, seorang kanak-kanak yang tak berdosa. Sedihnya ~_~ .  Kalo nak diikutkan memang ramai gak la kanak-kanak Afghan yang jadi extra dalam cerita nie. Kekadang tue aku terpikir gak secara realitinya macam manalah keadaan diorang sekarang nie ek? Masih adakah lagi mereka kat dunia nie? ~_~.  Kenapalah dalam peperangan ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa?? Tak adil tol la amerika nie. Tak de etika dalam peperangan sungguh !! Woi amerika nie aku nak bagi tau kat hampa... Dalam perang mana bleh bunuh kanak-kanak and orang perempuan sesuka hati !! Sengal !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...