Rabu, 26 Oktober 2011

Bukan Senang Nak Tutup Aurat #2: APA DAN KENAPA?

Assalamualaikum....

Menjadi satu-satunya pekerja melayu+malaysian+ISLAM di BSG sememangnya memberikan satu pengalaman yang memang tak boleh blah langsung. Kengkadang tu terasa macam aku nie alien yang tersesat kat planet sendiri plak. Aku dan mereka berbeza bahasa,budaya,agama, dan negara.Dan masalah yang paling kritikal adalah masalah komunikasi. Mereka dan mereka ini kebanyakkannya dah bekerja kat sini hampir 2 hingga 5 tahun tapi pengetahuan mereka tentang tanahairku tercinta yakni Malaysia amat sikit...hmm mungkin 40% bagi indonesian dan 30% bagi nepali. So...mereka dan  mereka ini mengambil setiap kesempatan yang ada untuk bertanya itu dan ini tentang negaraku dan orang-orangku...

Isnin, 10 Oktober 2011

Konvo?

Assalamualaikum...




1 haribulan 10 hari tu sepatutnya adalah tarikh aku dan classmate aku pegi konvo tapi disebabkan masalah dalaman maka aku terpaksa melepaskan majlis konvo tersebut...


Pada 22 haribulan nie pun akan ada satu lagi konvo yang sepatutnya aku hadiri tapi disebabkan masalah yang sama maka aku nekad untuk tidak menghadirinya juga. Pada mulanya memang agak berat lah jugak untuk aku lepaskannya tapi mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku. Sorry kawan-kawan aku tak dapat join korang  semua. Walaupun tak dapat konvo sesama tapi kita pernah belajar sama-sama kan...and believe me 'IT THE BEST MOMENT IN MY LIFE !' :)


Untuk mengelakkan perasaan ke'ralat'an aku ni aku cuba untuk fikir secara positif. Konvo hanyalah satu majlis pengiktirafan, apa yang penting adalah apa yang aku belajar dan kesannya pada diri aku. Lagipun pada aku konvo hanyalah satu majlis yang tak ubah macam majlis hari jadi jer yang bezanya cuma kalau majlis hari jadi, individu yang diraikan hanyalah sorang tapi kalau konvo lebih dari seorang mau ratus-ratus agaknya


********************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...