Assalamualaikum....
Menjadi satu-satunya pekerja melayu+malaysian+ISLAM di BSG sememangnya memberikan satu pengalaman yang memang tak boleh blah langsung. Kengkadang tu terasa macam aku nie alien yang tersesat kat planet sendiri plak. Aku dan mereka berbeza bahasa,budaya,agama, dan negara.Dan masalah yang paling kritikal adalah masalah komunikasi. Mereka dan mereka ini kebanyakkannya dah bekerja kat sini hampir 2 hingga 5 tahun tapi pengetahuan mereka tentang tanahairku tercinta yakni Malaysia amat sikit...hmm mungkin 40% bagi indonesian dan 30% bagi nepali. So...mereka dan mereka ini mengambil setiap kesempatan yang ada untuk bertanya itu dan ini tentang negaraku dan orang-orangku...
Mereka-mereka ini memang tidak dinafikan amat banyak mulut dan ringan mulut nak bertanya banyak benda dan perkara kat aku tapi masalahnya kalau aku nak terangkan secara detail dan panjang lebar kat diorang konfom-konfom diorang tak faham punya. So terpaksalah aku mencari inisiatif sendiri memberikan jawapan yang singkat,mudah dan padat. Mereka-mereka ini bukan tak boleh berbahasa melayu langsung tapi kamus bahasa melayu diorang tue terlalu nipis.
Antara soalan-soalan yang paling famous diajukan kat aku adalah seperti dibawah. Dan jawapan yang aku bagi adalah :-
1. S: Apa yang awak pakai kat kepala itu?
J: Ini namanya tudung.
S: Tudung? Sama macam itu tudung saji ka?
J: Err...hmm..betul la tue...(aku tak tau nak jawab ape...so aku iye kan aje la dan terus blah)
2. S: Apa pasal kena pakai itu tudung?
J: Sebab saya orang islam.
S: Apa pasal orang islam kena pakai itu tudung?
J : Kalau tak pakai dosa masuk neraka
S: Owh..itu macam ka...tapi apa pasal itu Melayu...dia islam tarak pakai itu tudung?
(papp! aku tepuk dahi aku...ah sudah apa aku nak jawab) aku tak jawab soalan mereka, terus blah dari situ dan buat-buat buzy
3. S: Kalau dekat malaysia kalau melayu mahu kawin sama cina boleh tak?
J: Boleh tapi orang cina kena tukar agama islam dulu baru boleh kawin.
S: Kenapa?
J: Sebab ini undang-undang islam. Islam hanya boleh nikah sama orang islam sahaja.
S; Tapi di negara saya ka gak perlu tukar agama boleh nikah terus...
J: Errr...ntah tapi ini undang-undang negara saya. Islam hanya boleh nikah dengan islam.
(manusia lebih cepat menerima undang-undang manusia berbanding undang-undang Allah seolah-olah undang-undang Allah itu adalah sesuatu yang asing tapi pada hakikatnya undang-undang manusialah yang membuatkan manusia itu terasing di bumi Allah)
**************************************************************

Aku akui kecetekkan ilmu dalam bidang agama menyebabkan aku ada masanya gagal untuk menjawab soalan-soalan mereka. Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba walaupun ada masanya mesej-mesej yang aku cuba sampaikan umpama lalat yang hinggap sekejap diakal mereka..
Sebaik sahaja kakiku melangkah keluar dari rumah, aku bawa bersama maruah diriku, keluargaku, agamaku, bangsaku dan negaraku. Setiap satu ini perlu dijaga,didatatang dan dihormati. KALAU BUKAN AKU SIAPA LAGI ?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan