Assalamualaikum...
Entri ini aku buat sempena seorang sepupu aku yang bekerja sebagai seorang penambang.
Mungkin tak ramai ahli keluarga besar aku di kuching yang tahu bahawasanya aku dulu agak rapat dgn bapak budak nie,abang kepada ibu aku yang aku panggil Pak Im. Masa aku kecik-kecik dulu,aku selalu lepak kat rumah pak im sambil makan siput sedut. Pak Im nie dulu kerja sebagai nelayan so...stock-stock makanan laut yang pelik-pelik memang sentiasa ada kat rumah dia. Selain itu,aku selalu lah jugak mengganggu hidup Pak Im dengan pertanyaan yang bertubi-tubi pasal patung,topeng,dan beberapa alat-alat tradisional orang iban yang banyak tergantung kat rumah Pak Im yang tak ubah macam Muzium tue.
Okeh...dah out of topik...
Tahukah anda siapakah seorang penambang?
Penambang adalahpemandu pendayung sampan yang mengambil upah menghantar penumpang menyeberangi sungai dari satu seberang ke seberang yang lain.
Buat pengetahuan anda,sampan pernah menjadi pengangkutan utama di Kuching Sarawak sebelum jalan-jalan tar diturap ke segenap kampung-kampung di sini. Selain menjimatkan kos(pada tahun 2000,hanya 20 sen per kepala kini 40sen per kepala), dengan menaiki sampan kita juga boleh menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan pencemaran udara.
Jika dulu,karier ini selalu dimonopoli oleh orang-orang yang sudah berumur dan sudah berpencen, kini tidak lagi. Aku bangga melihat masih ada anak muda yang mahu menjadi seorang penambang walaupun tidak ramai. Siapa cakap menjadi seorang penambang tak boleh hidup senang? Siapa cakap menjadi seorang penambang hanya untuk cukup-cukup makan? Siapa cakap seorang penambang tak mampu beli kereta?
Tak percaya....mari kita buat kerja kira-kira.
Entri ini aku buat sempena seorang sepupu aku yang bekerja sebagai seorang penambang.
Mungkin tak ramai ahli keluarga besar aku di kuching yang tahu bahawasanya aku dulu agak rapat dgn bapak budak nie,abang kepada ibu aku yang aku panggil Pak Im. Masa aku kecik-kecik dulu,aku selalu lepak kat rumah pak im sambil makan siput sedut. Pak Im nie dulu kerja sebagai nelayan so...stock-stock makanan laut yang pelik-pelik memang sentiasa ada kat rumah dia. Selain itu,aku selalu lah jugak mengganggu hidup Pak Im dengan pertanyaan yang bertubi-tubi pasal patung,topeng,dan beberapa alat-alat tradisional orang iban yang banyak tergantung kat rumah Pak Im yang tak ubah macam Muzium tue.
Okeh...dah out of topik...
###############################################
Tahukah anda siapakah seorang penambang?
Penambang adalah
Buat pengetahuan anda,sampan pernah menjadi pengangkutan utama di Kuching Sarawak sebelum jalan-jalan tar diturap ke segenap kampung-kampung di sini. Selain menjimatkan kos(pada tahun 2000,hanya 20 sen per kepala kini 40sen per kepala), dengan menaiki sampan kita juga boleh menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan pencemaran udara.
Jika dulu,karier ini selalu dimonopoli oleh orang-orang yang sudah berumur dan sudah berpencen, kini tidak lagi. Aku bangga melihat masih ada anak muda yang mahu menjadi seorang penambang walaupun tidak ramai. Siapa cakap menjadi seorang penambang tak boleh hidup senang? Siapa cakap menjadi seorang penambang hanya untuk cukup-cukup makan? Siapa cakap seorang penambang tak mampu beli kereta?
Tak percaya....mari kita buat kerja kira-kira.
###############################################
Satu perahu boleh memuatkan 8 orang penumpang. Jika penumpang naik perahu dari pukul 7.00pg-10 malam kos untuk seorang penumpang adalah 40sen. Manakala dari 10.00malam-3.00 pagi kos untuk seorang penumpang adalah double iaitu 80sen.
Jika seorang penambang mengambil 20 kali penyeberangan dari pukul 7.00pg-10.00malam dan 5 kali penyeberangan dari pukul 10 malam hingga 3 pagi, berapa pendapatan sebulan seorang penambang jika ini adalah rutin nya setiap hari selama sebulan?
![]() |
| ce kira ada berapa orang yang nak naik perahu tue |
Jika seorang penambang mengambil 20 kali penyeberangan dari pukul 7.00pg-10.00malam dan 5 kali penyeberangan dari pukul 10 malam hingga 3 pagi, berapa pendapatan sebulan seorang penambang jika ini adalah rutin nya setiap hari selama sebulan?
Jalan Kerja:
1 penyeberangan = 8 penumpang
7pg-10mlm = 1 penumpang = RM 0.40
7pg-10mlm = 1penyeberangan = 8penumpang x RM 0.40 = RM 3.20
20penyeberangan = RM 3.20 x 20
= RM 64.00
1 penyeberangan = 8 penumpang
10mlm-3pg = 1 penumpang = RM 0.80
10mlm-3pg = 1penyeberangan = 8penumpang x RM 0.80 = RM 6.40
5penyeberangan = RM 6.40 x 5
= RM 32.00
:: PENDAPATAN SEHARI SEORANG PENAMBANG
RM64.00 + RM 32.00 = RM 96.00
:: PENDAPATAN SEBULAN SEORANG PENAMBANG
RM96.00 x 30 = RM 2880.00
p/s: setiap satu station,hanya ada 2 atau 3 orang penambang sahaja dalam satu masa.
Kerja kira-kira diatas hanyalah anggaran aku jer. Jumlah sebenar tidak diketahui sebab kadang-kadang satu perahu mengambil lebih dari 8 orang penumpang dalam satu masa.
Penambang pelancong berkemungkinan besar mengambil upah yang lebih tinggi per kepala.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan