Selasa, 30 Ogos 2011

Penghujung Puasa Yang Aneh


Assalamualaikum...




Satu hari sebelum Syawal menjelma...


Memandangkan agak boring,aku dan adik wat keputusan nak gi jalan-jalan kat waterfront...just two of us. Kitorang naik penambang...dan believe or not sepupu aku dah jadi penambang berjaya. Siap pakai perahu sendiri tu...hebak mu memang hebak mail. Nak tau bertapa hebatnya mail nie sila baca ini.



Selepas membayar duit tambang yang telah naik harga iaitu 40sen sorang aku dan adik aku pun jalan-jalan melalui rumah-rumah kedai dikawasan itu yang dipenuhi dengan barang-barang sourvenir dan aku tak tahu kenapa adik aku kena masuk semua kedai kat situ padahal semua kedai jual barang yang sama,harga yang sama yang beza cuma ownernya sahaja.


Selepas dah habis semua kedai kitorang masuk, kitorang pun pegi kejalan Indian Street. Indian Street nie lebih kurang macam Petaling Street la. Tapi anda tahu apa yang kami jumpa dan kami nampak....!!

Sebelah kanan ada orang jual baju-baju and tudung-tudung, sebelah kiri ada orang jual air bungkus siap dgn hotdog goreng,nugget goreng,burger dan macam2 lagi makanan yang tak berkhasiat. Aku tengok jam,baru pukul 12tengahari. Takkan lah dah start bazar ramadhan kot. Tukang jual air melayu,tukang beli pun melayu. Selambanya mereka...siap buat demo minum air plak kat situ kan. Wah...memang takde sivik tol...tak puasa satu hal,tapi secara terang-terangan tu.

Aku dan adik teruskan perjalanan,aku berhenti dan tercengang lagi.WTH !! Didepan aku ada sebuah kedai yang menjual waffel,jagung,dan minuman. Pemilik kedai ini adalah seorang cina dan dia ada seorang pekerja melayu yang memakai tudung.Dan anehnya dia sedang menghidangkan waffel kepada customer-customernya yang juga bertudung yang sedang menunggu dimeja hidangan. "Peh...siap letak meja ngan kerusi lagi"

Adik menarik tangan aku supaya kami meneruskan perjalanan apabila dia tengok aku dah macam nak meleleh air liur menahan nafsu makan...



************************************************************************************************************

Hmm...kenapa benda-benda macam nie boleh berlaku?
Kenapa mereka tak puasa dibulan puasa?
Kenapa mereka makan,minum dan korek hidung secara terang-terangan?
Diorang tak tahu ker puasa itu wajib?
Kenapa tak de orang ambil tindakkan?
Sapa ye yang kena ambik tindakkan? Majlis agama kan?
Napa Majlis Agama tak ambil tindakkan?
Sedih betol...sebab aku hanya mampu menghalang kemungkaran ini dengan selemah-lemah iman sahaja... (-_-, )

Ya Allah...aku benar-benar bersyukur kehadratmu kerana aku insan yang lemah iman ini tidak dibesarkan disini... Walaupun negeri ini tempat tumpah darahku, aku bersyukur Engkau hanya meletakkan aku disini sehingga usiaku lapan tahun sahaja.

Aku bersyukur ya Allah...
Aku bersyukur....


************************************************************************************************************

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. 
(H.R. Tirmizi) 

 Zaman yang  dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.





p/s: tulisan yang senget-senget tu bahasa omputeh...sebab dah terbiasa tulis...some of them salah ejaan dan grammar nyer...sila elert...jgn gunakan dalam karangan bahasa melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...