Ahad, 20 Februari 2011

FENOMENA RAUDHAH? Mustahil @ tidak mustahil?


Asalamualaikum…
     Baru jer lepas abis tgk crita Syukur 21. Pernah dgr tentang crita nie sebelum ni tapi aku tak pernah tgk crita nie sampai habis pon. Crita nie dikuarkan pada thun 2000. Time nie aku kecik lagi dan tak berminat nak layan movie. Waktu nie aku lebih suka layan crita Dragon ball, Doraemon, Bugs Bunny dan semua cerita kartun barat dan jepun. Waktu nie crita Upin dan Ipin pun tak wujud lg.   
     Bagi aku crita nie sangat menarik kalo ditonton dgn hati yang tenang dan penuh kekhusyukkan. Bertemankan headphone menambahkan lagi kosentrasi aku menonton crita nie dari youtube.
     Bagi aku filem ini bagaikan satu inspirasi pada muslim sedunia. Bukan sahaja malaysia malah semua negara2 islam mengimpikan negara seperti ini. Gaza,palestin, mesir,pakistan adalah antara contoh negara2 islam yang sering bergolak dan sering mengharapkan secebis kemajuan,keindahan dan keamanan dalam negaranya seperti apa yg berlaku di Raudhah. Mempunyai penghuni yg sering redha dgn Qada’ dan Qadar Allah, sentiasa tawaduk dan istiqamah selain mengamalkan kehidupan secara islam keseluruhannya dlm kehidupan seharian, aku yakin menjadi idaman setiap pemimpin negara islam.
     Crita nie dibuat di Malaysia dan pelakonnya hampir 100% org Islam dan Melayu. Bagi aku org yg buat crita nie mempunyai impian yang sangat tinggi. Impiannya ingin melihat sebuah negara Islam yg berteraskan Islam yang mengamalkan Islam secara totalnya. Ini membuatkan aku tertanya-tanya mampukah negara OIC (Malaysia) yang mengaku sabagai sebuah negara islam merealisasikan islam secara totalnya. Nampah macam mustahil…dengan keadaan muda-mudi yang kebanyakkannya mundur dari segi moralitinya dan budayanya yg bertunjangkan Negara uncle sam (Amerika)….mampukah impian ini tercapai? Ada keraguan disitu tapi ianya tidak pernah mustahil…Insya Allah
     Tapi…pucuk pangkalnya terserah pada kita untuk menjadikan fenomena di raudhah satu kenyataan. Fenomena yg memerlukan kerjasama dari semua pihak bukan setakat penyanyi Nasyid(Raihan) sahaja... :)
     Bermula dengan pemimpin negara, pemimpin negeri, pemimpin organisasi dan berakhir dgn pemimpin keluarga….semuanya kena take part untuk merealisasikan Fenomena raudhah.  Semua pemimpin2 diatas kena merubah corak pemerintahan mereka untuk merealisasikan apa yg dipaparkan dalam Filem Syukur 21 ini. Ini adalah harapan dari seorang penulis blog merangkap remaja.


INGATLAH WHAI PEMIPIN2 SEMUA. SATU DARI KAKI ANDA BERADA DI NERAKA DAN SATU LAGI DI SYURGA. SALAH PIMPINAN NERAKALAH JAWAPNYA. LURUS PIMPINAN INSYA ALLAH SYURGALAH KITA.~

Aku hanyalah hamba Allah yg tidak mempunyai kuasa untuk mengubah mentaliti sebuah negara waima seorang manusia. Tapi aku mampu untuk mengubah mentaliti aku. Aku akan terus cuba dan mencuba. Walau perubahannya hanya sedikit tapi itu lebih baik daripada tidak pernah berubah langsung.

          ~A BIG CHANGE START WITH A SMALL EFFORTS…. ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...