Khamis, 2 Jun 2011

Apakah Itu Erti berjaya ?




...Assalamualaikum

     Setiap org mempunyai definisi berjaya yg berbeza-beza. Ini kerana berjaya itu merupakan perkara yg sangat-sangat subjektif.


     Ada sesetengah org menganggap dirinya tidak berjaya selagi tidak mempunyai duit yg berkepuk-kepuk, kediaman mewah yg hampir menyamai sebuah istana, sport car,kedududukan yg tinggi disisi masyarakat dan banyak lg keinginan-keinginan yg tidak akan pernah cukup. Keinginan dan kehendak yg ada kalanya agak keterlaluan ini adalahh terdorong daripada nafsu kita. Nafsu disini adalah lebih tertumpu kepada keinginan untuk hidup senang.



     Sebagai manusia, ini adalah normal kerana setiap manusia mempunyai nafsu. Lebih-lebih lagi wanita yg mempunyai nafsu 9 daripada 10. Tetapi adakah memenuhi kehendak nafsu kita yg tidak bertepian itu dianggap berjaya? Bagi saya,dlm konteks ini, kita hanya akan berjaya jika kita mampu mengongkong atau mengekang nafsu kita.


     Semalam saya ada ditanya apakah definisi berjaya dlm hidup saya oleh seseorang yg ingin memperkenalkan satu perlaburan yg bermodalkan RM6000. Konsepnya tidak jauh berbeza dgn sistem piramid,MLM dan skim cepat kaya. Mengaut keuntungan melalui bilangan orang yg di'link'kan kpd kita. Saya yg sememangnya sejak azali agak tidak mengemari sistem perolehan rezeki seperti ini sedaya upaya berdalih dan menepis hujah-hujah si promoter hampir memakan masa 60 minit. Huh...kalo tidak kerana ibu yg memujuk dan hampir memaksa, tidak betah saya membuang masa mendengarkan sesuatu yg telah saya jangkakan sejak awal lagi. Tapi sudah tentulah hanya diketahui jika saya mendengarnya dahulu.


     Bukan bersifat sombong atau bodoh kerana menolak tuah tapi lebih kepada prinsip. Pada prinsip saya cara perolehan rezeki itu amat penting bukan kepada hasilnya sahaja. Cara perolehan yg tidak menumpahkan walau setitik peluh @ berlakunya konsep jual beli ini sangat2 meragukan saya. Saya bukanlah org bijak pandai dlm selok-belok perniagaan atau kewangan tapi tentu ada sesuatu yg kita tidak tahu sebgai org bawahan tapi org yg paling tinggi dalam konsep ini tahu. Ini lah yg meragukan saya. Halalkah caranya? Haramkah?


     Halal haramnya pon diragui saya...mampukah saya berjaya jika persoalan ini menghantui saya kelak?


     Berbalik kepada definisi berjaya...Berjaya dlm hidup saya mempunyai beberapa pecahan. berjaya dlm pengurusan agama,berjaya dlm pengurusan mental dan fizikal, berjaya dlm pengurusan kewangan,berjaya dlm pengurusan kehidupan sosial, berjaya dlm pergaulan gender yg bertentangan,berjaya dlm bidang ilmu dan banyak lagi.

     Untuk berjaya dari segala segi memanglah agak mustahil...tapi agak berbaloi kalau kita cuba untuk menjayakannya... :)


                AJA-AJA FIGHTING !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...