Sabtu, 26 November 2011

Selamat Menyambut MAAL HIJRAH

Assalamualaikum....



Selamat menyambut hari Maal Hijrah kepada semua pembaca(err... ada ke orang yg baca blog aku nie). Sempena hari Maal Hijrah marilah kita bersama-sama menghayati video-video yang aku kutip dari youtube nie.






Ketika peristiwa hijrah berlaku, berbagai pengorbanan dilakukan untuk memastikan 'Misi Hijrah' nie berjaya. Mereka terpaksa mengorbankan harta,tempat kediaman dan nyawa mereka sendiri lebih hebat berbanding apa yang rakyat malaysia pernah alami sebelum kita menempuh kemerdekaan. Di Malaysia, kita selalu dimomokan dgn kata-kata "nenek moyang kita dulu berhempas pulas untuk merdeka,senang-senang je korang nak hancurkan keamanan negara kita". Tapi sempena hari Maal Hijrah apakata korang tanamkan kata-kata ini pula dalam otak korang  "Umat-umat islam yang terdahulu kebanyakkannya bukanlah nenek moyang korang,tapi kerana perjuangan dan pengorbanan merekalah kita mengecapi kemerdekaan Islam, kerana merekalah kita lahir sebagai Islam dan membesar dalam negara majoritinya Islam(apa korang ingat kalo korang bertukar menjadi seorang kafir korang akan lebih beruntung dari menjadi seorang Islam?) jadi tak salah rasanya kalau korang menghormati, menjaga dan mendaulatkan Islam. Tolonglah jangan hina Islam dengan sikap,pakaian dan pemikiran korang yang jelas dan terang sebenarnya menjatuhkan kemurnian Islam itu sendiri."
(peringatan untuk diri sendiri juga yang dahulunya sangat jahil)






Terasa aneh apabila mendengar lagu-lagu berbahasa arab dan mulut ini turut sama menyanyikannya sedangkan bahasa arab itu bukanlah bahasa pasar aku. Tidak pernah belajar dan memahami bahasa arab membuatkan aku lebih pelik dengan diri sendiri apabila aku baru perasan yg bahasa arab dalam video ini tidak mempunyai baris, yang ada hanya huruf-huruf jawi sahaja.



Siapakah kaum 'Muhajirin dan Ansar moden' yang bakal membentuk satu keluarga dan bernaung dibawah satu panji ? Masih lagi menjadi persoalan sehinggalah perkara ini benar-benar berlaku kelak. Mungkin juga PAS dengan UMNO atau skala yang lebih besar Malaysia dan Indonesia?


*************************

Kepada sesiapa yang ingin keluar dari "zon selesa" mereka tapi tak tahu bila, apa kata lepas korang baca entri nie korang mulakannya...masa kita semua semakin suntuk...mati itu tak mengenal usia...mati itu pasti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...