Aku kunyah nasi goreng kampung aku lumat-lumat. Salah satu perkara yang aku suka bila lepak ngan minah nie adalah, dia pun spesies makan lambat, macam aku jugak. Selalunya kalo kitorang makan ngan member-member lain kitorang berdua adalah yang terakhir sekali habiskan makanan. Tapi aku suka sebab ada geng makan lambat. Ha...ha...ha... so diorang tak leh salahkan aku sorang. Ha...ha...ha....
AKU: Ingat lagi ko ye. Sebenarnya aku ada tengok seorang ustaz youtube nie, dia cakap orang perempuan tak wajib pakai tudung tapi yang wajibnya tutup aurat je. So, kalo ko pegi supermarket ko pakai jubah tak pakai tudung pon tak pe tapi ko kenalah serkupkan kepala ko tu dengan baldi pastu buat dua lubang kat baldi tu untuk ko tengok.
MEMBER: Hampeh ! Haa..ha..ha..
Aku pun ketawa sama bila tengok dia ketawa. Teringat plak masa time kitorang sekolah sama-sama dulu. Dulu minah nie kerek giler dan aku plak nakal giler pergi kenakan dia. Lama jugak lah kitorang berkonflik sampailah terjadi satu insiden tue aku selamatkan dia dari dikerjakan oleh dua orang mat motor. Sejahat-jahat aku, takkan mungkin aku sanggup tengok jer bila ada lelaki yang nak rosakkan kaum aku. So aku tolonglah sekadar mampu,apa aku buat? Senang jer. Aku menyamar jadi saka minah tue, buat-buat suara mengerunkan dan aku bertempik kuat-kuat kat mat-mat motor tue. Apalagi...lari lintang pukanglah mereka tanpa motor mereka meredah kegelapan malam...Wakaka...ha..ha...
Dan sejak dari insiden itu dia dah berubah dan tak kerek lagi. Aku pon dah malas nak kenakan dia lagi sebab dia asyik beralah jer ngan aku. Memang tak thrill langsung. Dan akhirnya kitorang jadi member bila dia terpilih untuk jadi roomate aku.
AKU: Ok, berbalik pada tudung tadi, aku rasa ko pun tahukan apa hukumnya. Aku rasa ko lebih ingat apa yang ustazah cakap berbanding aku. Sebab...yer la...ko kan selalu concentrate kat kelas. Aku plak waktu kelas ustazah mesti lepak bilik PRS. Maklumlah setiausaha PRS
(dengan selambanya aku mengaku dosa-dosa silam =_=)
MEMBER: Ustazah?? Hmm...bila diingat-ingatkan semula,tak sangkakan ko dah banyak berubah. Kalaulah Ustazah tahu mesti dia buat kenduri 40 hari 40 malam untuk ko. Tak sia-sia ko selalu kena denda ngan ustazah dulu :)
AKU: Tu la...aku pun tak sangka yang aku akan berubah. Ko ingat tak yang aku kena denda tulis kalimah basmallah tue? Hish...banyak tu, bukan sikit-sikit. Dua ratus kali setiap hari selama seminggu. Dah la kena check tiap-tiap hari. Kalau seminggu makanya 1400 kali. Hmm...itulah antara denda yang paling aku tak leh lupa. Kalau setakat jalan itik satu sekolah ker,cabut rumput satu padang ker,cuci toilet ker aku boleh handle lagi. Nie ada ke kasi denda tulis-tulis memang berpinar la mata aku melihatnya. Dah la waktu tu aku paling benci tulis-tulis nie. Nota sejarah pun aku suh budak junior yang buatkan. Fuhhh...
MEMBER: Huyoo...ko memang tulis 1400 kali ker? Tak lebung sikit pon?
AKU: Lebong mende nya. Dia kira satu-satu tau tak. Pulak tu dia kenal tulisan aku. Memang tak leh la nak buli budak junior. Dia cakap,dalam sekolah ni tulisan jawi aku la yang paling hampeh. So dia kenal tulisan aku. Pastu dia boleh ugut lak nak story-mory ngan mak aku. Ntah kat manalah dia dapat no tepon mak aku tah. Lagipun kau tau la kan...aku kalo bab mak nie memang aku lemah sket.
MEMBER: Ha..ha..ha...kelakar la kalau ingat balik time sekolah dulu. Hmm...sebenarnya pasal tudung tu...aku just belum sedia lagilah. Entah lah...aku pernahlah jugak try pakai baru-baru ni. Tapi, aku rasa macam aku tipu diri sendiri. Aku rasa macam hipokrit sangat. Aku rasa macam aku ni orang lain. Entah lah...mungkin satu hari nanti dan yang penting bukan sekarang.
AKU: Kenapa bukan sekarang? Lagipun masa aku tengok ko berlakon dalam drama ari tu, aku nampak ko okey jer. Cutelah jugak walaupun tak leh nak lawan kekiutan aku.
MEMBER: Tue lain,tue bukan aku. Yang pakai tudung tu watak aku bukannya aku dan as a profesional aku kenalah mainkan watak aku dengan baik. Aku kena ikut kehendak skrip dan director. Bila skrip suruh aku bertudung,so aku bertudung la but it doesn't mean yang aku nak bertudung.
AKU: Kehendak skrip? Macam mana mana dengan kehendak Allah? Kawan...you know what? Kalau kat akhirat nanti,diri dan tubuh ini yang akan dinilai bukannya watak dalam lakonan ko.
MEMBER: Abis tu ko nak aku buat macam mana? Pakai tudung dan tolak semua tawaran yang tak pakai tudung? Berapa kerat sangatlah watak yang bertudung? Kalau macam tu tak berasaplah dapur aku.
AKU: Why not? Lagipun kalau nak difikir-fikirkan balik, dulu ko bukan femes pon. Tak ramai yang kenal ko tapi sejak ko berlakon dalam satu drama tu ko terus jadi femes dan watak yang ko pegang dalam drama tu adalah watak seorang muslimah yang bertudung dan berbaju kurung. Ko tak rasa ker yang Allah tu macam nak bagitahu sesuatu kat ko? Lagipun ini semua rezeki Allah. Kalau Dia boleh bagi ko femes, tak mustahil suatu hari nanti Dia akan tarik balik femes ko tu.
MEMBER: Ko bukan artis, ko tak faham kehidupan artis macam mana. Banyak cabaran dan dugaan. Setiap hari ada je muka-muka baru yang timbul kat dalam industri nie dan setiap hari peluang untuk dapatkan skrip yang bagus semakin kurang. Kalau aku memilih sangat pengarah akan kata aku demand,wartawan akan kata aku kekwat, peminat akan kata aku dah nak bersara dan macam-macam lagi. So macam mana? Ini adalah jalan yang aku pilih so nak tak nak aku kena harunginya jugak.
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan